
Salam semua..maaf sebab dah lama sangat rumah aku ni bersawang..tak taulah apa yg busy sangat sampai tak sempat2 nak update blog..heheh.
OK aku rasa semua orang dah buat give away...rasanye aku pun nak cuba buat give away jugaklah... give away ni sempena harijadi aku semalam . Aku bercadang nak bagi benda ni semua kat orang sebab aku tak sempat nak buat semua benda ni. Dari pada dok terperuk dalam kotak simpanan aku lebih baik aku bagi kat orang yg lebih bersemangat dari aku untuk habiskan projek ni. Barang ni semua aku dah beli 10 tahun yg lepas kat US. Tapi macam aku cakap..semangat aku tak berapa nak berkobar-kobar nak buat crosstich ni.
Untuk pengetahuan semua..package ni memang aku dah buka tapi belum start buat apa2 lagi..ada 2 package aje yg aku dah start buat sikit aje tak banyak mana dan ada juga sedikit tanda2 kuning pada kain aida tu sebab dah lama sangat simpan.
So ok here is the rule pada sesiapa yg nak give away ni...ada 4 package semua bermakna ada 4 orang pemenang. Ikut aturan gambar lah ye...gambar pertama kepada pemenang pertama dan begitulah turutan nye sampai gambar ke empat.
Ok lupa nak cakap..sila buat komen didalam entry ini..kalau buat komen dalam shoutbox saya tak dikira tau..itu kalau nak sembang2 ok..heheh
Apa yg anda perlu buat ialah....
1. Sila buat satu entry didalam blog anda mengenai give away ni dan linkkan blog saya dalam entry itu..
2. Buat komen tentang saya dengan seikhlas hati dalam entry ni..( erm..cam mana org nak buat komen pasal aku kalau tak pernah kenal aku?..heheh)
3. Mestilah jadi follower saya dalam blog saya ni...sebab nanti saya senang nak ke blog anda..heheh
4. Link kan blog saya dalam bloglist anda...
5. Boleh buat seberapa banyak komen dalam entry ni sebab kemungkinan untuk menang lebih tinggi..heheh.
Ok itu aje syarat2 nye..heheh...so kepada semua peminat crosstich kat luar sana...cuba2 lah nasib anda..mana tau...ini semua akan jadi hak anda tak lama lagi...
Saya akan bagi masa selama satu minggu dari tarikh ini untuk buat cabutan bertuah itu....so apa lagi tunggu...cepat sebelum terlambat.
So tarikh tutupnye adalah pada 30/5/2009 dan saya akan umumkan pemenang nye pada 31/5/2009....
Hadiah pertama ( candlewicking pillow)

Hadiah kedua (baby chart)

Hadiah ketiga (Rose Royale )

Hadiah keempat (Two hearts wedding record)